Pengajian Malaysia

Tuesday, 21 August 2018

Alam Sekitar

PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012

Jabatan Kejuruteraan Petrokimia
Politeknik Kuching Sarawak
Diploma Kejuruteraan (Proses) Petrokimia

Pensyarah: Puan Norita Abdul Aziz



PENGHARGAAN

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan salam sejahtera kepada Puan Norita Abdul Aziz iaitu pensyarah Pengajian Malaysia atas bantuan beliau dalam membuat kerja khusus ini. Akhir sekali, penghargaan juga diberikan kepada semua responden yang sudi menjawab soalan-soalan kami dan memberi banyak maklumat kepada kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini.


Ahli Kumpulan
Clarissa Frances Lo


Ivy -Necka Yong Ling Po


Rosmadiana 


Ellmilyn Anak Michael John


Aina Farzana 

Pencemaran Alam Sekitar












Definisi Pencemaran Alam Sekitar
  • Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan/mengotorkan - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.
  • Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 pula, takrifan pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan, meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan seseuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
Pencemaran Alam dibahagikan kepada 3 Jenis :
  1. Pencemaran Udara
  2. Pencemaran Air
  3. Pencemaran Tanah
_______________________________________________________________________________

PENCEMARAN UDARA




Maksud Pencemaran Udara :
  • Pencemaran Udara merujuk kehadiran satu zarah atau lebih bahan pencemar seperti gas, bahan berbau, habuk, zarah dan debu di Atmosfera.

Jenis-jenis Pencemaran Udara :
  • Jerebu
  • Pemanasan global
  • Fenomena El Nino
  • Pulau haba

Faktor-Faktor Pencemaran Udara :
  • Letusan gunung berapi
  • Pembakaran terbuka
  • Asap kenderaan
  • Pembakaran bahan api fosil

Kesan Pencemaran Udara :
  • Mengganggu sistem pernafasan terutamanya pesakit asma
  • Hidung berair, kuat bersin
  • Masalah penglihatan manusia contohnya mata mudah berair
  • Jarak penglihatan terhad boleh menyebabkan kemalangan jalan raya
  • Penyakit seperti kanser kulit

Langkah Mengatasi Pencemaran Udara :
  •  Memperluaskan konsep kitar semula
  • Melakukan pembenihan awan
  • Memperkasakan undang-undang
  • Menggunakan sumber alternatif
  • Melakukan kempen berkongsi kenderaan
______________________________________________________________________________


PENCEMARAN AIR



Maksud Pencemaran Air :
  • Pencemaran Air merujuk perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan kepada manusia apabila digunakan.
  • Pencemaran ini berlaku dari segi Biologi, Kimia, dan Fizik. Bahan pencemaran berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran banyak berlaku di sungai, laut dan lain-lain tempat berair.


Faktor-Faktor Pencemaran Air :
  • Pelepasan Sisa Toksik dari Kilang
Pembuangan sisa kilang melalui kegiatan pihak pengusaha kilang yang suka membuang sisa kilang ke dalam sungai seperti logam yang berbahaya seperti zink, timah hitam dan raksa membahayakan hidupan akuatik. Pembuangan bahan sisa yang membahayakan ini boleh memusnahkan kawasan habitat hidupan akuatik dan boleh memudaratkan kesihatan manusia yang menggunakan air atau memakan hidupan air yang telah dicemari. 


  • Bahan Buangan Industri
Selain itu pembaik tanih digunakan untuk tanah yang dialirkan untuk mengubah sifat fizik atau sifat kimia tanih. Untuk tujuan ini kapur, gipsum dan sulfur digunakan dengan meluasnya. Sejumlah besar pembaik tanih ini akan melarut lesap akhirnya ke air tanah dan apabila berlakunya hujan, bahan-bahan ini akan dihanyutkan oleh air ke dalam sungai. Justeru itu, sumber pencemar ini akan mengurangkan air bersih di kawasan Sungai Melaka.
  • Bahan Buangan Radioaktif dan Ujian-ujian Bom dan Nuklear
Pencemaran radioaktif biasanya adalah akibat hasil tumpahan atau kemalangan semasa penghasilan atau penggunaan radioisotop, nukleus tidak stabil yang memiliki tenaga berlebihan. Kurang biasa, guguran nuklear ("nuclear fallout") iaitu taburan pencemaran radioaktif akibat ledakan nuklear. Jumlah bahan radioaktif yang dibebaskan dalam kemalangan dikenali sebagai istilah sumber.
  • Pembuangan Sampah Sarap
Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah bukan domestik. Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang dibuang daripada rumah atau dapur. Contohnya, botol, kaca, tin aluminium, beg plastik, kertas, kain buruk dan sisa makanan. Sampah bukan domestik pula adalah bahan-bahan buangan yang terhasil dari industri, tapak pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat. Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada pelbagai jenis termasuklah sisa jualan, sisa pembuangan dan sisa daripada proses pengilangan.

Kesan Pencemaran Air :
  • Mengurangkan kandungan oksigen di udara
  • Kemusnahan flora dan fauna
  • Kemusnahan habitat flora

Langkah Mengatasi Pencemaran Air :
  • Membina tangki takungan bawah tanah
  • Membaiki dan menyelenggara sistem perparitan
  • Mendalamkan dan melebarkan sistem perparitan
  • Memperkasa undang-undang alam sekitar
  • Mewartakan rizab sungai
  • Melaksanakan kempen kesedaran
Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat menyedarkan manusia yang lalai tentang kebersihan alam sekitar.
______________________________________________________________________________

PENCEMARAN TANAH




Maksud Pencemaran Tanah :
  • Pencemaran Tanah merujuk perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. 
Faktor-Faktor Pencemaran Tanah :
  • Pembuangan bahan domestik
  • Aktiviti perlombongan
  • Penebangan hutan
  • Kekurangan tumbuh-tumbuhan
  • Pembalakan hutan
  • Pembinaan bangunan konkrit
  • Penyahutanan secara meluas
  • Pembuangan sampah sarap di merata tempat
  • Pengujian tenaga nuklear
Kesan Pencemaran Tanah :
  • Mengancam keselamatan dan nyawa manusia
  • Berlakunya gempa bumi
  • Tanah runtuh
Langkah Mengatasi Pencemaran Tanah :
  • Mewartakan hutan simpan
  • Memperbanyakkan penanaman tumbuhan hijau di bandar-bandar


Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia.

Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar.

Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius.

Akibat daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya.

Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya.
Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos perbelanjaan hospital.
Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan.
Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia. 





Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita.
Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan?


Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan.
Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan.
Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini turut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air.
Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.

Picture

Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan.

Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu. Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam minum air”.

Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekali gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya,  program kitar semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.



Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik yang berterusan supaya rakyat dan dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.



Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat mencapai matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar seterusnya dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak mengendahkan sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya negara kita akan tercemar.
Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.









Akta-Akta Berkaitan Alam Sekitar

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi­tahu bahawa kerajaan bercadang menggantikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dengan satu undang-undang baharu bernama Akta Perlindungan Alam Sekeliling (Environmental Protection Act).

Akta 127 yang dikuatkuasakan mulai 15 April 1975 mengandungi 51 seksyen di bawah lapan Bahagian berasingan – iaitu Permula­an (bahagian 1), Pentadbiran (ba­hagian 2), Lesen (bahagian 3), Larangan dan kawalan mengenai pencemaran (bahagian 4), Kawalan buangan berjadual (bahagian 4A), Rayuan dan Lembaga Rayuan (bahagian 5), Pembayaran Ses dan Kumpulan Wang Alam Sekeliling (bahagian 5A), Pelbagai (bahagian 6). Akta 127 ini dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Suatu undang-undang perlin­dungan alam sekitar negara mesti mewujudkan satu entiti atau agensi yang kuat dan mampu melaksanakan segala kehendak undang-undang yang mana segala arahannya wajib dipatuhi sepenuhnya oleh semua peringkat - baik di peringkat pusat, negeri atau daerah.

Negara jiran kita, Singapura telah meluluskan Akta Perlindu­ngan dan Pengurusan Alam Sekitar pada 1999 mengandungi 13 Bahagian, 78 seksyen dan 3 ja­dual. Mula dikuatkuasakan pada 1 April 1999, undang-undang ini telah dipinda beberapa kali dari semasa ke semasa, kali terakhir pada Julai lalu.


Kesimpulan

Kesimpulannya, jika minda manusia tidak berubah maka itulah masalah seperti prncemaran sungai dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Kerajaan telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah pencemaran tersebut namun ia ibarat mencurahkan ai kedaun keladi jika tidak disokong oleh pihak (NGO) dan marsyarakat di negara Malaysia. Ia penting demi memastikan kehidupan di bumi sentiasa terpelihara daripada masalah pencemaran yang semestinya akan membahayakan kesihatan kita  serta mengancam ekosistem flora dan fauna. Izharnya, kita sebagai insan yang berguna haruslah bersatu padu agar alam sekitar dapat mengekalkan keindahan bumi kita ini. Janganlah kita menjadikan modenisasi ini  sebagai alasan untuk tidak menghargai bumi yang dicipta oleh Tuhan. 




Rujukan :


https://cikaidea.blogspot.com/2017/06/pencemaran-alam-sekitar_9.html




Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/transformasi-undang-undang-alam-sekitar-1.561798#ixzz5OnbTSOXa
© Utusan Melayu (M) Bhd 









at August 21, 2018 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Alam Sekitar

PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012 Jabatan Kejuruteraan Petrokimia Politeknik Kuching Sarawak Diploma Kejuruteraan (Proses) Petrokimia Pensya...

  • Home

About Me

DPE1B (2018)
View my complete profile

Blog Archive

  • August 2018 (1)

Report Abuse

Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.